Isnin, 22 Julai 2013

9 Tip Capai Azam Kamu

1. Utamakan perkara yang kamu senaraikan itu. Mulakan dengan perkara yang paling penting buat diri kamu.

2. Buat senarai pendek azam dan pencapaian yang ingin kamu perolehi pada tahun ini.

3. Kenal pasti apa yang perlu kamu lakukan untuk mencapai azam yang kamu senaraikan itu.

4.Tetapkan masa untuk kamu mencapai azam yang kamu buat itu.

5. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk merealisasikan azam kamu itu. Yang penting minat dan keazaman     perlu ada.

6. Jangan terburu-buru sehingga memudaratkan kamu. Buat perlahan-lahan supaya kamu berpuas hati dengan hasilnya nanti.

7. Jangan lupa untuk berdoa kepada tuhan. Kerana doa itu akan membantu kamu mencapai impian dan azam yang kamu inginkan.

8. Jangan mudah berputus asa dan terus mencuba sehingga kamu mencapai azam yang kamu inginkan itu.

9. Jika kamu berjaya mencapai azam kamu itu , hadiah diri kamu dengan barangan yang kamu suka. Pasti ia rasa berbaloi.

Itulah diantara 9 tip untuk capai azam kamu. Harap-harap dapat membantu kamu semua..